Sunday, October 11, 2009

Sahih Aqidah al Tohawiyyah


Fasal pada menerangkan batalnya hadis iftiraq ( 1 )


Adapun hadis iftiraq, ianya adalah hadis yang batil kerana sanadnya dhoif dan maknanya batil, kerana ia menyalahi dari segi zahirnya terhadap al Quran al Karim. Sanadnya dari semua jalan adalah dhoif, tidak ada maqal! Dan inilah sebahagian daripadanya kepada kamu :
Hadis (( Berpecah Yahudi kepada 71 atau 72 golongan, berpecah nasrani kepada 72 golongan. Dan berpecah umatku kepada 73 golongan )). Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnad ( 2 / 233 ) Dan Abu Daud di dalam sunan ( 4 / 198 ) dan yang lain.
Dalam sanadnya ianya dari hadis Abu Hurairah, Muhammad bin Amru bin Alqomah dan ianya dhoif seperti mana yang telah saya terangkan di dalam ‘ al Tanaqudat al Wadihat ‘ ( 2 / 240 . Di dalam sanadnya dari hadis Muawiyah. Azhar bin Abdullah al Hanzani. Dia ini tidak thiqah. Ibnu al Jarun mengatakan bahawa dia ini mencela Ali r.a (370 ) seperti yang disebut biodatanya di dalam ‘ al Tahzib ‘ ( 1 / 179 ).Azhar telah mengatakan perkataan ini : Adalah aku di atas kuda orang-orang yang mencerca anas bin Malik, maka datangkan kami al Hajjaj. Penulis berkata : maka laknat Allah ke atasnya, amin. Dan hadis ini adalah silsilah dengan al Nawasib.
Adapun sanad hadis daripada Saidina Anas bin Malik r.a, dia mempunyai 8 jalan lebih kurang. Tiada satu jalan pun yang sunyi daripadanya penipuan atau rekaan atau dhoif ataupun majhul iaitu tidak diketahui! ( 371 )
Adapun sanad Auf bin Malik di dalamnya Ibad bin Yusuf. Dia adalah dhaif. Berkata al Hafiz di dalam ‘ al Taqrib ‘ : Majhul. Dan dia tiada di dalam kitab-kitab yang enam kecuali hadis ini. Ibnu Adiyy berkata : merawikan hadis-hadis yang bersendirian dengannya. Saya ( penulis ) berkata : Dan ini daripadanya ( lihat ‘Tahzib al Tahzib ‘ 5 / 96 ) : Dia termasuk di dalam kumpulan dhuafa. Karangan al Zahabi bernombor 2089. ( 372 )
Adapun sanad hadis abdullah bin Amru diriwayatkannya oleh Tarmizi ( 5 / 26 ) di dalam sanadnya Abdul Rahman bin Ziyad al Afriqie dan dia adalah dhoif ( 373 ).
Hadis Abu Umamah diriwayatkan oleh Ibnu Abi A’sim di dalam ‘sunan’nya ( 1/34 bernombor 68 ) ianya dhoif: dalam sanadnya Qutan bin Abdullah dan dia majhul. Begitu juga Abu Ghalib dan dia dhoif. Abu Hatim berkata : tidak kuat. Al Nasaie berkata : Dhoif. Ibnu Hibban berkata : tidak harus mengambil hujjah daripadanya kecuali apa yang sepakat dengan yang thiqah.Ibnu Saad berkata : Mungkar hadis, lihat ‘Tahzib al Tahzib ‘ ( 12/216 )dan ini ialah qaul siapa yang mendhoifkannya dan juga ‘ Tahzib al Kamal ‘ ( 34 / 171 ).
Hadis Ibnu Mas’ud diriwayatkan oleh Ibnu Abi A’sim di dalam ‘sunan’nya(1 / 35 ). Ianya maudhu’. Di dalam sanadnya Uqail bin Sa’die. Al Hafiz Ibnu Hajar berkata di dalam ‘ Lisan al Mizan ‘(4 / 209 . Bukhari berkata : Hadis mungkar.Ibnu Hibba berkata : Hadis mungkar, dirawikan daripada thiqat, tapi tak menyerupai hadis isbat. Maka batal menjadikannya hujjah dengan apa yang diriwayatkan walaupun ianya diriwayatkan oleh thiqat. Dan ia mempunyai sanad yang lain pada Abi A’sim dan ianya sanad lemah.Semoga Allah memberi taufiq.
Adapun hadis Saidina Ali karramallhuwajhah dan orang yang merawikannya ialah Ibnu Abi Asim di dalam ‘sunan’nya ( 2 / 467 bernombor 995 ) ianya sangat dhoif. Di dalam sanadnya Laith ibnu Abi Sulaim dan halnya ma’ruf iaitu : dhoif dan bercampur-campur.
Itu dari segi sanad, manakala dari segi matannya pula ialah :
Kita ( penulis ) mengatakan batilnya hadis ini sama ada ianya bertambah atau tidak, yang antaranya ( semuanya masuk neraka kecuali satu ) dan ( semuanya masuk neraka kecuali satu )tidak suka akan tambahan-tambahan ini dan kita ( penulis ) mengatakan bahawa asal hadis ini batil kerana sebab-sebab berikut :
1. Kerana Allah telah berfirman tentang umat Muhammad ini di dalam al Quran (( kamu sebaik-baik ummat yang dikeluarkan kepada manusia )) Ali Imran : 110, dan firmannya lagi : (( Begitulah kami jadikan kamu ummat yang dipertengahan )) al Baqarah : 143. Ayat ini mengakui bahawa ummat ini adalah sebaik-baik ummat dan ianya ummat pertengahan. Makna pertengahan iaitu yang terafdhal dan yang teradil. Al Fakhr berkata di dalam ‘Mukhtar al Sihah ‘ : Pertengahan daripada setiap sesuatu ialah yang paling adil . Adapun hadis ( seperti yang disebut di awal bab ) mengakui akan ummat ini adalah seteruk-teruk ummat dan kebanyakkannya adalah fitnah, kerosakkan dan berpecah belah!! Orang yahudi berpecah kepada 71 kumpulan, kemudian orang nasrani adalah lebih teruk berbanding orang yahudi sehingga berpecah kepada 72 kumpulan dan kemudian datang umat ini yang lebih teruk sehingga terpecah kepada 73 kumpulan !!Allah taala berfirman: (( Janganlah kamu seperti orang-orang yang berpecah belah dan bersilang-selisih )) Ali Imran : 105.
Maka makna hadis tadi adalah batil dengan kejelasan ayat al Quran tadi yang mengakui bahawa ummat ini adalah sebaik-baik umat dan yang seafdhalnya.
2. Dan menguatkan kebatilan hadis ini dari segi matannya dan maknanya juga. Sesungguhnya siap yang mengarang di dalam kitab firaq, menulis nama-nama golongan yang berubah setelah orang lain yang menulisnya. Dan masih lagi terdapat golongan yang baru. Yang mana kalau kita mengiranya atau mengumpulnya kita dapati ianya tidak betul dan tidak realiti, misalnya kitab syeikh Abdul al Baghdadie wafat tahun 429H yang berjudul ‘ al Farqu Bainal Firaq ‘ disebut disitu terdapat 73 golongan!! Dan telah muncul dari zamannya hingga ke hari ini golongan-golongan yang lain yang mungkin bertambah kepada golongan yang disebutkan olehnya.
Dan perkataan siapa yang mengatakan : (( Sesungguhnya apa yang muncul dari golongan –golongan yang baru tidak keluar daripada asas yang disebutkannya )) ianya tidak sahih bahkan batil dan yang realiti menolaknya dan mensabitkan kerosakannya. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.

3. Adalah matan hadis ini muttorib!! Terdapat di sebahagian jalannya (( Bahawa sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada 73 golongan di dalam golongan yang mengikut hawa nafsu))[ ibnu Abi Asim 69] dan terdapat sebahagiannya pula (( kesemuanya di dalam neraka kecuali hitam yang besar )) [ ibnu Abi Asim 68 ]…!!
Dan sebahagian yang lainnya seperti disisi Ibnu Hibban ( 15 / 125 )berkata : (( sesungguhnya yahudi berpecah kepada 71 golongan atau kepada 72 golongan dan nasrani pun begitu juga …)) ( 374).
Terdapat sebahagian golongan telah mengambil kesempatan di atas hadis ini antaranya ada yang berkata : (( yang paling teruk adalah syiah ))!! Sebahagiannya berkata : (( sejahat-jahat mereka ialah orang yang menqias perkara-perkara dengan pendapat mereka!!-yang ditujukan kepada golongan Hanafi . Dan terdapat sebahagian riwayat mereka yang lemah: Kesemuanya di dalam syurga kecuali al Qadariah)) dan sebahagian yang lain pula (( kecuali al Zanadiqah ))…dan begitulah seterusnya !! Dan kesemua itu penipuan dan persendaan kepada sohibul Syariah.
4. Telah berlaku di sebahagian riwayat hadis ini : (( kesemuanya masuk neraka kecuali satu agama : mereka bertanya siapa dia wahai rasulullah ? Sabdanya : (( Apa yang daku padaku dan sahabat-sahabatku )). Dan ianya riwayat al Tarmizi ( 5 / 26 ) dari hadis Abdullah bin Amru dan di dalam riwayat (( apa yang atasnya padanya jemaah )).
Saya berkata ( penulis ) : Hadis ini batil daripada qaul!! Pertama dari segi sanad bahawa ianya dhoif seperti yang diterangkan. Kedua : Sesungguhnya qaulnya (( apa atas daku dan sahabat-sahabatku )). Ianya tidak sah terbitnya daripada s.a.w kerana sebab-sebab, salah satunya ialah :

Tuesday, October 6, 2009

Sekitar kitab ‘ Tanaqudat al Albani wa al Wadihat “ ( 3 )


Kitab ‘Tanaqudat al Albani al Wadihat, jilid 3 kali ini mengambil ruang 355 halaman. Sayyid Hasan memulakan jilid ini dengan syair yang mengandungi 16 abyat. Kemudian Sayyid menambah dengan sanad hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a.
Penulisan jilid yang ketiga ini, ialah penulisan yang khusus membahaskan kontradiksi hadis yang terdapat dalam kitab ‘ Sifat Solat al Nabi ‘ yang dikarang oleh Syeikh Albani. Banyak yang diperbahaskan dalam masalah solat. Bermula dari takbir dan diakhiri dengan salam.
Kitab ini diakhiri dengan nasihat kepada Syeikh Albani dan penutup. Selepas itu Sayyid Hasan memberi ingatan penting kepada pembaca, antaranya :
1. Merujuk hadis yang kontradiksi kepada terbitan yang terdapat dalam glosari rujukan.
2. Kerana ada yang mengubah nombor-nombor dalam rujukan.

Sekitar kitab ‘ Tanaqudat al Albani wa al Wadihat “ ( 2 )


Dalam jilid ke 2 ini, perbahasan mengenai kontradiksi Syeikh Albani sebanyak 332 muka surat. Dipermulaan jilid kedua ini Sayyid Hasan memulakan dengan banyak peringatan. Peringatan tersebut akan kita bincang diakhir ringkasan ini.
Seawal halaman 19, Sayyid Hasan sudah membincangkan kontradiksi Syeikh al Albani dalam pelbagai tajuk. Bermula dengan tajuk ‘perbincangan beberapa hadis yang didhaifkan oleh Syeikh Albani yang sebenarnya adalah sahih, yang mana disahihkan yang sebenarnya adalah dhaif,untuk memenangkan pendapatnya ‘ sehinggalah ke halaman 326 pada tajuk ‘ Albani mensahihkan beberapa haids atau sanad-sanad yang lemah kerana tiada memahami dengannya dan dengan rijal sanad-sanadnya’.
Kesemua hadis yang diperbahaskan mengenai kontradiksi Syeikh Albani ialah sebanyak 652 buah hadis. Kemudian Sayyid Hasan kembali memberi nasihat dan harapannya kepada Syeikh Albani. Kitab ini diakhiri dengan penutup yang menceritakan tentang seorang murid Syeikh albani yang taasub dengan syeikhnya.
Peringatan yang diberi oleh Sayyid Hasan al Saqqaf ialah :
1. Halaman 8 : Sesungguhnya aku tidak menulis kitab ini, dan aku tidak zahirkan kitab “ Tanaqudat al Wadihat “ untuk bermusuh.
Sayyid Hasan tidak menulis kitab ini untuk mencari musuh, tetapi untuk memberi penerangan secara adil selepas daripada penelitian yang mendalam. Sayyid Hasan sendiri mengakui, bukanlah dia menulis menunjukkan dia tidak ada salah langsung, tidak juga beliau ingin dianggap sebagai muhaddis atau apa sahaja. Bahkan penulisan beliau adalah untuk mereka yang mahir dan insaf, supaya perbahasan ini dipanjangkan supaya ilmu ini tidak ditahrif atau diselewengkan oleh mana-mana pihak.
2. Halaman 11 : Sayyid Hasan menyatakan, peringatan tentang kontradiksi yang dibuat oleh Syeikh Albani, sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang yang dikenali sebagai pakar. Ini dibuktikan dalam jilid yang pertama, dimana 35 % hadis kontradiksi itu adalah takhrij yang diambil daripada kitab ‘Misyhkat “.
3. Halaman 15 : Tidak harus sibuk dengan mensahih atau mentad’if daripada ilmu hadis melainkan sesiapa yang membaca ilmu feqh daripada ahlinya.
Sayyid Hasan memberi peringatan supaya mempelajari sesuatu janganlah hanya dalam sesuatu bidang. Malah, hendaklah kita mengusasai keseluruhan ilmu, barulah kita memahami dengan lebih jelas, sumber dan hujjah yang digunapakai oleh seseorang untuk dijadikan amalan.

Sekitar kitab “ Tanaqudat al Albani wal wadihat “


Kitab ini telah ditulis oleh Tuan Guru kami Sayyidi Hasan Ali al Saqqaf. Telah diterbitkan di Amman, Jordan oleh Dar Imam al Nawawie pada tahun 1997. Tujuan kitab ini ditulis ialah untuk memperjelaskan kontradiksi yang telah dibuat oleh Syeikh al Albani dalam penulisan ilmiahnya.
Kitab ini terdapat dalam 3 jilid. Jilid 1 mempunyai 206 halaman. Terkandung pelbagai hadis yang diperbahaskan. Di antara perkara diperbahaskan dipermulaan kitab ialah perkara yang didhaifkan pada hadis-hadis Bukharie dan hadis-hadis Muslim. Syaikh menaqalkan 8 hadis yang Syeikh albani dhaifkan hadis-hadis Bukharie dan Muslim.
Kemudian Syeikh Hasan al Saqqaf kembali membahaskan pertembungan dimana syeikh albani mensahih hadis dan kemudian menghasankannya di tempat lain. Kemudian diikuti dengan pelbagai kesalahan syeikh Albani antaranya ialah menyalahkan ulamak-ulamak terdahulu, mengtahrif perkataan ulamak, kelemahan beliau dalam bahasa arab dan lain-lain lagi.
Sayyid Hasan juga menjelaskan mengenai kontradiksi Syeikh Albani yang mana beliau mensahihkan hadis dan menghukum hadis tersebut dengan mungkar jiddan di tempat yang lain. Kemudian Sayyid Hasan mendetailkan kontradiksi tersebut dengan lebih jelas apabila beliau mendatangkan 250 hadis di bawah tajuk al Albani rad ala al Albani.
Selepas perbincangan yang panjang dalam membahas kontradiksi, Syeikh Hasan telah mendatangkan contoh kesalahan yang besar yang dilakukan oleh Syeikh al Albani dalam kesenian ilmu hadis, sebanyak 15 hadis.
Sayyid Hasan membentangkan pula hujah yang mana Syeikh Albani telah banyak tersilap dalam ilmu jarah ta’dil. Sayyid Hasan memberi 10 nama perawi yang Syeikh Albani telah tersilap mengenai kedudukan mereka.
Di akhir kitab ini, telah menunjukkan kejelasan tujuan kitab ini di tulis, apabila Sayyid Hasan telah pun memberi nasihatnya secara baik dan tidak kasar kepada Albani. Kemudian Sayyid Hasan telah memberi harapan agar dapat membetulkan segala kontradiksi ,apa yang ditulis Syeikh Albani. Kemudian kitab ini diakhiri dengan penutup.
Daripada pembacaan saya, saya dapati buku ini sarat dengan pembentangan ilmiah yang mudah dan tidak membelitkan. Bahasanya pun baik, tidak kasar. Saya sendiri tidak faham, bagaimana golongan yang membela Syeikh Albani telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan pelik. Mungkin kerana merasai yang Tuan Guru mereka tidak akan salah, maka mereka terlalu beremosi.
Saya sendiri, bila membaca buku –buku mereka yang membela Syeikh Albani , tidaklah beremosi seperti mana mereka membaca buku Sayyid Hasan. Hanya Allah yang tahu di dalam hati dan jiwa masing-masing. Maka, kita semua boleh menilainya sendiri melalui pembacaan kita sendiri.
Kalau pun Sayyid Hasan memang tersalah, tetapi adalah tidak wajar untuk mengguna pakai perkataan yang akan menguris perasaan orang lain. Sayyid Hasan masih dalam lingkungan manusia. Ia mampu melakukan kesilapan. Apabila kita membaca sebuah kitab, demi mencari kesilapan dan bukannya kebenaran, dan tujuan utama untuk kritikan sahaja, nescaya kita tidak akan menemui kebenaran.

Thursday, October 1, 2009

Kunjungan Sayyid Ali Hasan al Bahar 2007


Bersempena dengan kunjungan Sayyid Ali Hasan al Bahar pada tahun 2009 ini, maka kami dengan berbesar hati memaparkan kembali kunjungan Sayyid Ali di Malaysia, pada tahun 2007. Kehadiran Sayyid ke Malaysia adalah kerana mengiringi perwakilan dari Universiti Syarif Hidayatullah, Malang untuk perdebatan Bahasa Arab peringkat Asia di USIM.

Maka, kami mengambil kesempatan untuk bersama-sama meraih keberkatan dengan kunjungan beliau, walaupun kami hanya sempat untuk beberapa ketika sahaja. Sebenarnya, Rakan al Hunsa ada cuba untuk menjemput Habib ke Johor, malangnya masa Habib begitu padat. Majlis hanya diadakan di ILIM sahaja.


Bermula dengan menjemput Habib di Hotel, Sepang dan membawanya ke ILIm. Disana, kami mulakan dengan bacaan Maulid al Daibaie. Majlis diserikan dengan tausiyah dari Habib Ali sendiri, Ustaz Zamihan al Gharie, Ustaz Shahrol Fadli dan Ustaz Zakuan. Majlis diselang selikan dengan bacaan qasidah.

Jamuan hanya di restoran berhadapan dengan MPI, Bangi. Kami beruntung kerana pada malam itu, kehadiran Syaikh Tengku Fauzi, turut memeriahkan suasana. Usai sahaja benikmati juadah, kami membawa Sayyidi Habib Ali berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Habib sendiri keletihan pada malam itu. Kami terus menghantar Habib ke hotel kerana besok Habib masih mempunyai acaranya sendiri. Namun, kami telah pergi ke USIM dan sempat bersama Habib. Syukran Jazilan Ya Habib. Harapan kami, tahun ini kami dapat membuat majlis dengan lebih baik.

Amin

Wednesday, September 30, 2009

Imam al Kautharie


MUQADDIMAH

Sememangnya kita disuruh untuk membesarkan syiar islam. Syiar islam bolehlah kita lihat dengan pelbagai aspek termasuklah juga para ulamak yang terdahulu. Mereka setiasa menjaga agama daripada diselewengkan oleh musuh –musuh islam.Sesuailah dengan sabda Nabi: (Ulamak adalah warisan para nabi). Kali ini penulis cuba memaparkan seorang ulamak yang terkenal sebagai tokoh warisan ummat islam pada hari ini. Beliau wafat tahun 1371 di Mesir.

PENDIDIKAN

Beliau yang mendapat pendidikan pertamanya ketika talaqqi bersama para ulamak Dozjah kemudian berpindah ke Astana pada tahun 1311H di Dar al Hadis . Bermula di sinilah, beliau mengenali ulamak ulamak yang alim lagi takwa antaranya ialah Qadi Hasan Afendi dan Musa al Kazim. Tidak ketinggalan juga beliau talaqqi di masjid al Fateh bersama Syiekh Ibrahim Haqqi al Uyaine dan Syeikh Ali Zainal Abidin al Alsunie. Pada tahun 1325H, beliau mendapat ijazah alamiah kerajaan Othmaniah. Dengan bebekal ijazah yang dperolehi, beliau mula berkerja sebagai salah seorang tenaga pengajar di Jami` al Fateh sampai berlakunya perang kerajaan pada waktu itu. Pada yang sama beliau bercita – cita ingin membuka cawangan ma’ahad di Qastumunie. Maka beliau mengajar di Qastumunie selama 3 tahun. Namun beliau berada di Qastumuaie tidak lama , beliau kembali ke Astanah dan mengajar di Dar al Syafaqah al Islamiah . Pada waktu yang sama beliau telah mengambil peperiksaan khas untuk jawatan `Wakil al Dars`. Untuk pengetahuan , pada waktu pemerintah kerajaan Othmaniyyah terdapat tiga jawatan penting didalam institusi agama itu ( fatwa amini) – amin fatwa , iaitu mufti kerajaan Othmaniyyah. Kedua ialah ‘wakil al Dars’ yang boleh disamakan dengan jawatan Syiekh al Azhar .Ketiga ialah ketua Al Tahqiqat al Syari’yyah iaitu Ketua Qodi. Bermula sebagai tenaga pengajar di Dars al Syafaqah al Islamiah kemudian beliau menjawat jawatan naib tenaga pengajar di Ma’ahad Takhasus. Selepas itu beliau menjawat jawatan ‘Wakil al Dars ‘. Begitu lah kejayaan yang ditempuhi oleh tokoh kita ini .
Selepas nama beliau bersinar di kerajaan Othmaniyyah, beliau telah meletakkan jawatan tersebut dengan tujuan untuk pergi ke Mesir. Maka beliau pun berangkat ke Mesir dengan menaiki kapal laut. Beliau sampai di Alexendria pada tahun 1341 kemudian terus ke Kaherah. Di sinilah beliau sering berulang alik ke Damsyik untuk mewakaf diri beliau kepada ilmu. Begitulah sikap para ulamak yang cintakan ilmu, bersedia menjual dunia yang murah nilainya untuk mendapat nilai tinggi di sisi Allah. Allah telah menjanjikan tempat dan martabat yang tinggi untuk mereka yang bersedia untuk menempuh jalan seperti tokoh kita ini. Bukannya seperti kita hari ini, dengan `title` mahasiswa sudah mendabik dada untuk bergelar alim dan ulamak.Malah yang lebih teruk lagi perasan belajar di jamiah sudah cukup untuk menjamin menjadi seorang yang alim. Itulah tanda orang yang gugur diperjlanan mencari ilmu kerana terpedaya dengan tipu daya syaitan.


ALAM RUMAHTANGGA

Imam al Kautharie mengakhiri dunia bujangnya ketika berkerja sebagai tenaga pengajar sebelum perang dunia pertama. Beliau telah dikurniakan empat cahaya mata. Seorang lelaki dan tiga perempuan. Tetapi umur keempat-empat anak mereka tidak panjang. nak lelaki dan seorang perempuan beliau menemui ajal ketika di Astanah lagi. Dua lagi anak perempuan beliau mati di Mesir. Begitu juga isteri beliau telah pergi mendahului beliau. Begitulah alam rumahtangga tokoh kita ini yang penuh degan cubaan, tetapi disebalik kesedihan beliau terpancarlah kesabaran yang terdidik oleh ilmu dan iman yang mantap .

SEBAB KEWAFATAN

Imam al Kautharie wafat disebabkan oleh beberapa penyakit iaitu darah tinggi dan kencing manis.Penglihatan beliau pun diwaktu itu mula lemah, namun beliau masih mampu untuk berpuasa disiang hari walaupun beliau teryata amat lemah. Semangat cintakan ilmu yang terbentuk di dalam kepeibadian beliau tidak pernah menyekat beliau dari menjawab persoalan-persoalan yang ditujukan kepada beliau meskipun terlantar di atas katil sakit. Beliau wafat pada pukul 4.57 petang bersamaanhari Ahad 19 ZulKaedah; tahun 1371.Beliau dikebumikan diperkuburan yang berdekatandengan kubur Imam al Syafie rahmatullah alaihi.

PENULISAN

Imam al Kautharie adalah seorang alim di dalam pelbagai bidang. Boleh dikatakan penulisan beliau merangkumi semua cabang ilmu agama, seolah-olahnya beliau adalah bintang para ulamak pada zamannya. Beliau juga boleh diserupakan dengan para ulamak yang terdahulu yg mampu menguasai kesemua bidang ilmu. Tetapi antara penulisan beliau yang begitu menonjol sehingga beliau dikenali ialah penulisan di dalam ilmu hadis, feqh hanafi dan aqidah. Jika kita memperhatiknpenulisan beliau, ternyatalah beliau adalah pengkritik yang tinggi ilmunya.
Penulisan beliau bolehlah kita bahagikan kepada dua bahagian. Pertama ialah penulisan beliau sebelum berhijrah dari Astanah ke Mesir. Antara penulisan beliau adalah;

1.al Jawab al Wafi fi Rad a’la al Wai’dz al Awfie
2.Tafrih al Bal bihilli Tarikh Ibn Kamal.
3.Tarwid al Qorihan bimawazin al Sohihah fi al Mantiq.
4.al Fawaid al Kafiah fi al a’rud wa al Qofiah.
5.Ibda Wujuh al Ta’adie fi Kamil Ibn A’diy.
6.Naqad Kitab al Du’afa lil Uqailie.
7.Tadrid al Wasif a’la Qawaid al Tasrif.
8.Tadrid al Tullab a`ia Qawaid al I`rab
9.al Ta`qib al Hasis lima yanfini Ibn Taimiyyah min al Hadis
10. al Madkhal am li Ulum al Qur`an .

Dan lain-lain lagi. Kebanyakkan penulisan beliau pada waktu ini tidak dicetak dan ianya didapati melalui makhtutat beliau. Jika dicetak pun hanya boleh didapati di Turki sahaja .
Bahagian kedua pula, ialah penulisan beliau sewaktu berada di Mesir. Penulisan beliau pada bahagian kedua ini banyak tercetak dan banyak terdapat di Mesir yang dikenali dengan turath al Kautharie. Penulisan beliau seperti berikut :

1.al Isyfad fi Ahkam al Tolaq .
2.Bulugh al Amanie fi Sirah al Imam Muhamad bin al H asan al Syaibanie
3.al Tahrir al Wajiz firma Yabtaghihi al Mustajiz
4. Ta`nib al Khotib a`la ma saqohu fi Turjumah Abi Hanifah min al Akazib
5.Aqum al Masalik fi Bahs riwayah Malik a`n Abi Hanifah wa Riwayah Abi Hanifah a`n
Malik
6.Tahzir al Kholaf min Makhozi Udiyyah al Salaf
7.al Tahrib bi Naqd al Ta`nib
8.Husnul Taqodie fi Sirah Abu Yusuf al Qodie
9.Min I`br al Tarikh
10.Muhaq al Tasassul fi Masalah al Tawassul

Selain beliau banyak menulis kitab-kitab ilmiah, beliau juga banyak mentahqiq kitab-kitab turath ,antaranya :

1.Daf``u Syibhu al Tasyhbih Ibn Jauzi
2.Risalah Abi Daud al Sajastanie fi Wasfi sunanih
3.Tabyin Kizb al Muftarie fizab a`n Imam al Asya`rie Li Ibnu Asakir
4.al Faqu Baina al Firaq li Abd al Qohir al Baghdadie
5.al Tanbih wa al Rad a`la Ahli Ahwa wa al Bida li Abi al Husainie al Maltie
6.al Intisar al Mazhab Sahih li Ibn Jauzi
7.Maratib al Ijmak li Ibn Hazim
8.Iktifar Muwatha li Imam al Dar Qutnie
9.al Asma wa al Sifat li Baihaqie
10.Syarah Maqomah (al hur al I’en ) li Nasywan al Himyarie

Begitulah banyaknya penulisan beliau yang menggambarkan ilmu yang sangat luas. Apa yang disebut diatas hanya sebahagian sahaja, sebagai cotoh dari penulis. Penulis tidak perlu memanjangkan dan menulis nama kitab Imam al Kautharie kesemuanya.
Selain penulisan kitab dan tahqiq Imam al Kautharie juga di kenali dengan penulisan makalah beliau dan di antara kitab yang dikenali umum ialah makalat al Kautharie, iaitu makalah-makalah yang disusun semula oleh anak murid beliau dan dihimpunkan sebagai sebuah kitab .

ANAK MURID

1.al Syahid Hussam al Din al Qudsie
2.al Syeikh Hussien bin Ismail
3.Haji Jamal al Alsunie
4.Price Hussien Khairuddin Ibn Bint Al Sultan Abd al A`ziz a Uthanie
5.al Syeikh Abd al Fattah Abu Ghuddah
6.al Syeikh Abd Allah bin Uthman al Himsie
7.al Syeikh Ahmad Khairie


PUJIAN ULAMAK

1.al Muallimie al Yamanie di dalam kitabnya Anwar al Kasyifah halaman 175 menyifat Imam al Kautharie dengan Allamah yang luas ilmunya dengan kitab-kitab hanafie.

2.Imam al Syeikh Muhamad Abu Zahrah menyatakan Imam al Kautharie adalah imam daripada para imam muslimin, yang alim, mampu merealisasikan sabda Nabi (Ulamak adalah pewaris nabi ).Sila rujuk muqaddimat al Imam al Kautharie halaman 11 dan Maqalah al Imam al Kautharie halaman 11.

3.Doktor Muhammad Rejab al Bayyumie-A’mid Kuliyyah al Lughah al Arabiyyah di Jamiah al Azhar. Mansurah . Katanya di Muqaddimat al Imam al Kautharie halaman 34, mensifatkan imam al Kautharie adalah imam besar .


4.al Syeikh Muhammad Yusuf al Banurie – Ustaz a Hadis bi Dar al Ulum al Islamiah di Paskistan . mensifatkan imam al Kautharie adalah muhaqqiq al asr ,al Jahbiz al Naqid al Bahhasah al Khobir dan pelbagai pujin lagi di dalam Makalat al Kautharie halaman 3.


5.al Allamah al Syeikh Sayyid Hasan al Saqqof menyatakan bahawa al Iman al Kautharie adalah mujadid tauhid pada kurun ini. Beliau menyatakan demikian di dalam kitab al Daf’ syubah al Tasybih pada halaman 80.


Inilah serba sedikit ringkasan biodata Iman al Kautharie yang dapat penulis sediakan. Sewajarnya kita yang bergelar mahasiswa/wi yang bertanggung jawab pada agama ini, mengambil berat pada para ulamak kita, kerana merekalah salah satu syiar yang patut kita besarkan dengan mengenali sejarah kehidupan mereka. Pesanan penulis kepada semua, hanya orang alim sahaja yang tahu menilai orang alim. Tetapi orang jahil menyangkakan orang alim sama seperti mereka.

Sahih Sifat Solat al Nabi ( 1 )


Muqaddimah
Segala puji hanya bagi Allah SWT yang mempunyai kebesaran, Pemberi Kurniaan kepada para WaliNYa. Pemberi berbagai kenikmatan ( kepada hamba-hambaNya ). Penolong orang-orang yang binggung dan susah, penyempurna segala pemberian, pelepas segala tirai, dan pemberi hadiah ( rahmat ) yang banyak tak terhingga. Dia tidak merasa berat menanggung beban dan tidak tertipu oleh musuh. Dia tidak akan terjangkau oleh imiginasi, bahkan tidak akan diketahui ( hakikat eksistensiNya ) dengan pemahaman dan pikiran. Dia tidak akan dapat dijangkau oleh penglihatan manusia. KeberadaanNYa tidak akan terkhayalkan oleh pemahaman manusia.
Dia tidak akan menjadi tua dengan peredaran masa, dan tidak akan menjadi lemah dengan bencana.Dia mengetahui segala detak hati dan bisikan jiwa. Dan Dia yang menciptakan segala sesuatu sesuai ukurannya. Dialah Allah yang Mahasuci, tidak pernah ingkar janji. Dia pasti menolong tenteraNya. Dia yang penolong bagi orang yang menegakkan kebenaran. Dia pula yang merendahkan pelaku kebatilan dan menghinakannya. Dialah Allah yang menimpakan bencana pada setiap orang yang menyimpang dari jalan yang lurus dan benar. Dia pula, demi tegaknya keadilan yang memberi siksaan kepada setiap pelaku bid’ah dan khurafat.
Mahasuci Allah, yang telah memilih Islam sebagai agama yang benar. Dia angkat menara kajayaanNya dan Dia memilih seorang manusia pilihan dari Bani Hasyim untuk mengembangkannya. Dengan cahayanya, beliau dapat menerangi dunia. Dia keluarkan hamba tersebut dari tulang sulbi yang suci . Dia pilih baginda dari nasab yang mulia. Di utusNya beliau sebagai Rasul bagi semua makhluk . DijadikanNya beliau pelita menuju jalan penuh keselamatan. Di utusNya beliau pada saat umat manusia sedang bergelumang dosa, tidak pernah mengenal Allah yang esa.
Beliau datang ketika umat manusia sedang sibuk menyembah batu-batu dan berhala. Beliau tekun menyampaikan perintah Tuhannya. Beliau melarang manusia mengikuti jalan yang sesat dan hidup yang merugikan. Beliau mengajak mereka untuk mengikuti jalan hidayah, jalan yang benar. Beliau giat berusaha untuk melenyapkan segala yang menyesatkan. Sehingga tampaklah wajah kebenaran dengan penuh keceriaan dan terang benderang. Jadilah batang-batang hak , setelah layu, hijau berbunga dan berbuah. Tak ada jalan bagi kebatilan kecuali harus mundur menjauh. Tampillah dengan kurniaan dan rahmat Allah, para wali penolong agama Allah yang berani dan tidak takut celaan dari orang yang suka mencela.
Mereka, demi tegaknya kebenaran, tak pernah memejamkan mata kerana lalai. Mereka pasti mendapatkan pahala yang berlipat ganda, pahala besar yang diperutkan dari Allah SWT. Demi mencapai derajat mereka, banyak orang yang bersungguh-sungguh ingin mengapainya.Mereka menginginkan keredhaan Allah dengan menegakkan agamaNya. Mereka ingin membuktikan bahwa Islam akan tegak dan jaya ( di antara semua agama ).
Hal itu akan tercapai jika mereka berhasil menumpas para pelaku kejahatan dan kezaliman; yang pada masa lalu dibiarkan menikmati kesenangan dalam kebatilannya. Pada gilirannya, bumi semakin sempit bagi kehidupan dan gerak langkah orang-orang yang ingkar, bahkan pengaruh dan bekasnya pun akan sirna. Sementara orang-orang yang selalu mengorbankan kesungguhandalam jihadnya akan mendapatkan banyak kesempatan.
Semoga dan rahmat dan salam sejahtera selalu dilimpahkann kepada junjungan kita, Nabi Muhammad saw yang diistimewakan dengan kemuliaan yang banyak. Beliaulah yang telah menyinari dunia setelah- sebelumnya penuh dengan kegelapan. Semoga rahmat dan salam juga disampaikan kepada keluarga nabi yang menjadi pemimpin ummat manusia, penjaga bendera Islam dan perjelas hakikat agama. Merekalah yang mendobrak kelompok ateis. Ya Allah, selamatkan dan muliakanlah mereka semua, lipat gandakanlah pahala bagi mereka. Ya Allah, perbaharuilah semangatnya.
Amma ba’du :
Di dalam kitab ini, saya menjelaskan sifat salat junjungan kita, Nabi Muhammad Rasulullah saw. Saya juga berusaha seoptimal mungkin menjelaskan setiap bahagian solat, dari takbir hingga salam. Penjelasan tersebut saya buat secara terperinci dan jelas. Dengan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. Setiap masalah saya kupas

Saturday, September 26, 2009

Assalamualaikum....

Buat semua yang meminati perbicangan ilmiah dalam konteks Ahli Sunnah wal Jamaah, marilah kita bersama memeriah intelektual dalam dunia keilmiahan lewat internet hari ini. Semoga usaha ini dianggap sebagi usaha yang baik dan dekat kepada taqwa.