Telah sepakat umat terdahulu dan sekarang dan menjadi sawadul a'zam dari ummat Muhammadiah ini, ahli sunnah itu ialah mereka yang berjalan di atas manhaj al Imam Abu Hasan al Asyharie dan Abu Mansur al Maturidie!
Beliau adalah salah seorang ulamak Jordan. Berketurunan dari nasab yang mulia iaitu Ali Bayt Rasulullah yang dinasabkan dengan Saqqaf. Hasan bin Ali bin Hasyim bin Ahmad bin Alawie(seorang Mufti Syafieyyah di Makkah al Mukarramah. Pengarang kitab yang termahsyur dikalangan penuntut mazhab syafie iaitu “ Tarsyih al Mustafidin “.
Beliau adalah salah seorang ulamak Jordan. Berketurunan dari nasab yang mulia iaitu Ali Bayt Rasulullah yang dinasabkan dengan Saqqaf. Hasan bin Ali bin Hasyim bin Ahmad bin Alawie(seorang Mufti Syafieyyah di Makkah al Mukarramah. Pengarang kitab yang termahsyur dikalangan penuntut mazhab syafie iaitu “ Tarsyih al Mustafidin “. Ramai pelajar melayu pada waktu itu mempelajari ilmu feqh bersama beliau. Wafat pada tahun1335 H.) Nasab keluarganya bersambung silsilahnya sampai ke cucu Rasulullah, Sayyidina Husein kepada Sayyidina Ali kepada Rasulullah s.a.w. Keturunannya berasal dari Makkah kemudian berpindah sewaktu revolusi arab dengan mengikut Syarif Husein ke Jordan. Beliau pernah ditawarkan untuk memegang jawatan “ wazir al auqaf Jordan “ ( Menteri Hal Ehwal Agama Islam ), tetapi beliau menolaknya kerana tidak berhajat dalam urusan politik yang akan turut memberi impak dalam perjalanan intelektual beliau. Seorang ulamak yang amat mahir dalam bidang hadis dan usulnya. Namun begitu beliau juga menguasai hampir keseluruhan ilmu agama dan mengatasi ulamak sezamannya. Bermula dengan menguasai ilmu bahasa dan sastera dengan mempelajari dalam bidang itu disalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Lubnan. Persis seperti kemunculan Imam al Syafie.Seorang ulamak unggul yang tidak terikat dengan taqlid malah seringkali berijtihad melampaui keterbatasan pemikiran manusia. Beliau yang saya kenal, adalah seorang yang amat jelas perjalanan intelektualnya. Pencari hakikat bagi sebuah kebenaran dalam menyelusuri sunnah-sunnah baginda S.A.W. Ulamak taqrib baina mazahib dan seringkali dijemput ke Morocco untuk persidangan mempereratkan mazhab-mazhab muslim. Bahkan beliau seringkali membentang kertas kerja diperingkat antarabangsa bersama intelektual Islam yang lain. Kepakarannya dalam keilmuwan Islam tidak perlu dipertikaikan lagi. Beliau menuntut ilmu dengan bukan calang-calang orang, antaranya ialah Syeikh Abdullah bin Siddiq al Ghumarie dan ulamak –ulamak besar seperti yang terkandung di dalam kitab Al Ittihaf bi asanid wa syuyukh Hasan bin Ali al saqqaf. Dalam penulisan guru beliau, nama beliau sering ditulis, malah dipuji-puji pula. Penulisan karya sayyidi sudah mempunyai 80 muallafat ( selepas saya pulang ke Malaysia, sekitar tahun 2000. Mungkin sekarang sudah bertambah ). Penulisan artikel –artikel beliau pula sudah tentu tidak terbilang. Antara karya beliau yang cukup dikenali ialah “ Sahih Syarah Aqidah Tohawiyyah Sahih Sifat Solat al Nabi Al Uluw lil aliyyil Ghaffar ( Suntingan ) Syarah Umdatus salik Tanaqudhat al Albani wal wadihat Al Ittihaf bi asanid wa syuyukh Hasan bin Ali al saqqaf Dan banyak lagi. Beliau kini menjawat jawatan professor di Universiti Zarqo al Ahliyyah. Semoga Allah menetapkan beliau di atas perjuangan menegakkan yang haq dan menghancurkan kebatilan.
Pemberitahuan
Syaikh Sayyid Ali Hasan al Bahar akan berada di Malaysia pada 23-26 Oktober 2009. 24 Oktober, beliau akan berada di Masjid Baitul Aman, sejak pukul 5 lagi untuk majlis haul Habib Abdullah al Haddad. Marilah kita semua bertemu dan menziarahinya.
Aktiviti
1. Kehadiran Sayikh Habib Ali Hasan al Bahar bersempena Haul Syeikh Habib al Haddad pada 23,24,25 dan 26 di Malaysia.
Muallafat Syaikh
Anak-anak murid Sayyid Hasan
Syaikh Sayyid Habib Ali Hasan al Bahar
.
Syaikh Zamihan al Ghari
.
Syaikh Shahrul Rizal bin Mohd Sati al Syazili
.
Syaikh Shahrol Fadli bin Ali al Tabrawi
.
Syaikh Zakuan bin Khudzari al Nahwie
.
Saturday, September 26, 2009
Assalamualaikum....
Buat semua yang meminati perbicangan ilmiah dalam konteks Ahli Sunnah wal Jamaah, marilah kita bersama memeriah intelektual dalam dunia keilmiahan lewat internet hari ini. Semoga usaha ini dianggap sebagi usaha yang baik dan dekat kepada taqwa.
No comments:
Post a Comment