Sunday, October 11, 2009

Sahih Aqidah al Tohawiyyah


Fasal pada menerangkan batalnya hadis iftiraq ( 1 )


Adapun hadis iftiraq, ianya adalah hadis yang batil kerana sanadnya dhoif dan maknanya batil, kerana ia menyalahi dari segi zahirnya terhadap al Quran al Karim. Sanadnya dari semua jalan adalah dhoif, tidak ada maqal! Dan inilah sebahagian daripadanya kepada kamu :
Hadis (( Berpecah Yahudi kepada 71 atau 72 golongan, berpecah nasrani kepada 72 golongan. Dan berpecah umatku kepada 73 golongan )). Diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam musnad ( 2 / 233 ) Dan Abu Daud di dalam sunan ( 4 / 198 ) dan yang lain.
Dalam sanadnya ianya dari hadis Abu Hurairah, Muhammad bin Amru bin Alqomah dan ianya dhoif seperti mana yang telah saya terangkan di dalam ‘ al Tanaqudat al Wadihat ‘ ( 2 / 240 . Di dalam sanadnya dari hadis Muawiyah. Azhar bin Abdullah al Hanzani. Dia ini tidak thiqah. Ibnu al Jarun mengatakan bahawa dia ini mencela Ali r.a (370 ) seperti yang disebut biodatanya di dalam ‘ al Tahzib ‘ ( 1 / 179 ).Azhar telah mengatakan perkataan ini : Adalah aku di atas kuda orang-orang yang mencerca anas bin Malik, maka datangkan kami al Hajjaj. Penulis berkata : maka laknat Allah ke atasnya, amin. Dan hadis ini adalah silsilah dengan al Nawasib.
Adapun sanad hadis daripada Saidina Anas bin Malik r.a, dia mempunyai 8 jalan lebih kurang. Tiada satu jalan pun yang sunyi daripadanya penipuan atau rekaan atau dhoif ataupun majhul iaitu tidak diketahui! ( 371 )
Adapun sanad Auf bin Malik di dalamnya Ibad bin Yusuf. Dia adalah dhaif. Berkata al Hafiz di dalam ‘ al Taqrib ‘ : Majhul. Dan dia tiada di dalam kitab-kitab yang enam kecuali hadis ini. Ibnu Adiyy berkata : merawikan hadis-hadis yang bersendirian dengannya. Saya ( penulis ) berkata : Dan ini daripadanya ( lihat ‘Tahzib al Tahzib ‘ 5 / 96 ) : Dia termasuk di dalam kumpulan dhuafa. Karangan al Zahabi bernombor 2089. ( 372 )
Adapun sanad hadis abdullah bin Amru diriwayatkannya oleh Tarmizi ( 5 / 26 ) di dalam sanadnya Abdul Rahman bin Ziyad al Afriqie dan dia adalah dhoif ( 373 ).
Hadis Abu Umamah diriwayatkan oleh Ibnu Abi A’sim di dalam ‘sunan’nya ( 1/34 bernombor 68 ) ianya dhoif: dalam sanadnya Qutan bin Abdullah dan dia majhul. Begitu juga Abu Ghalib dan dia dhoif. Abu Hatim berkata : tidak kuat. Al Nasaie berkata : Dhoif. Ibnu Hibban berkata : tidak harus mengambil hujjah daripadanya kecuali apa yang sepakat dengan yang thiqah.Ibnu Saad berkata : Mungkar hadis, lihat ‘Tahzib al Tahzib ‘ ( 12/216 )dan ini ialah qaul siapa yang mendhoifkannya dan juga ‘ Tahzib al Kamal ‘ ( 34 / 171 ).
Hadis Ibnu Mas’ud diriwayatkan oleh Ibnu Abi A’sim di dalam ‘sunan’nya(1 / 35 ). Ianya maudhu’. Di dalam sanadnya Uqail bin Sa’die. Al Hafiz Ibnu Hajar berkata di dalam ‘ Lisan al Mizan ‘(4 / 209 . Bukhari berkata : Hadis mungkar.Ibnu Hibba berkata : Hadis mungkar, dirawikan daripada thiqat, tapi tak menyerupai hadis isbat. Maka batal menjadikannya hujjah dengan apa yang diriwayatkan walaupun ianya diriwayatkan oleh thiqat. Dan ia mempunyai sanad yang lain pada Abi A’sim dan ianya sanad lemah.Semoga Allah memberi taufiq.
Adapun hadis Saidina Ali karramallhuwajhah dan orang yang merawikannya ialah Ibnu Abi Asim di dalam ‘sunan’nya ( 2 / 467 bernombor 995 ) ianya sangat dhoif. Di dalam sanadnya Laith ibnu Abi Sulaim dan halnya ma’ruf iaitu : dhoif dan bercampur-campur.
Itu dari segi sanad, manakala dari segi matannya pula ialah :
Kita ( penulis ) mengatakan batilnya hadis ini sama ada ianya bertambah atau tidak, yang antaranya ( semuanya masuk neraka kecuali satu ) dan ( semuanya masuk neraka kecuali satu )tidak suka akan tambahan-tambahan ini dan kita ( penulis ) mengatakan bahawa asal hadis ini batil kerana sebab-sebab berikut :
1. Kerana Allah telah berfirman tentang umat Muhammad ini di dalam al Quran (( kamu sebaik-baik ummat yang dikeluarkan kepada manusia )) Ali Imran : 110, dan firmannya lagi : (( Begitulah kami jadikan kamu ummat yang dipertengahan )) al Baqarah : 143. Ayat ini mengakui bahawa ummat ini adalah sebaik-baik ummat dan ianya ummat pertengahan. Makna pertengahan iaitu yang terafdhal dan yang teradil. Al Fakhr berkata di dalam ‘Mukhtar al Sihah ‘ : Pertengahan daripada setiap sesuatu ialah yang paling adil . Adapun hadis ( seperti yang disebut di awal bab ) mengakui akan ummat ini adalah seteruk-teruk ummat dan kebanyakkannya adalah fitnah, kerosakkan dan berpecah belah!! Orang yahudi berpecah kepada 71 kumpulan, kemudian orang nasrani adalah lebih teruk berbanding orang yahudi sehingga berpecah kepada 72 kumpulan dan kemudian datang umat ini yang lebih teruk sehingga terpecah kepada 73 kumpulan !!Allah taala berfirman: (( Janganlah kamu seperti orang-orang yang berpecah belah dan bersilang-selisih )) Ali Imran : 105.
Maka makna hadis tadi adalah batil dengan kejelasan ayat al Quran tadi yang mengakui bahawa ummat ini adalah sebaik-baik umat dan yang seafdhalnya.
2. Dan menguatkan kebatilan hadis ini dari segi matannya dan maknanya juga. Sesungguhnya siap yang mengarang di dalam kitab firaq, menulis nama-nama golongan yang berubah setelah orang lain yang menulisnya. Dan masih lagi terdapat golongan yang baru. Yang mana kalau kita mengiranya atau mengumpulnya kita dapati ianya tidak betul dan tidak realiti, misalnya kitab syeikh Abdul al Baghdadie wafat tahun 429H yang berjudul ‘ al Farqu Bainal Firaq ‘ disebut disitu terdapat 73 golongan!! Dan telah muncul dari zamannya hingga ke hari ini golongan-golongan yang lain yang mungkin bertambah kepada golongan yang disebutkan olehnya.
Dan perkataan siapa yang mengatakan : (( Sesungguhnya apa yang muncul dari golongan –golongan yang baru tidak keluar daripada asas yang disebutkannya )) ianya tidak sahih bahkan batil dan yang realiti menolaknya dan mensabitkan kerosakannya. Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam.

3. Adalah matan hadis ini muttorib!! Terdapat di sebahagian jalannya (( Bahawa sesungguhnya umat ini akan berpecah kepada 73 golongan di dalam golongan yang mengikut hawa nafsu))[ ibnu Abi Asim 69] dan terdapat sebahagiannya pula (( kesemuanya di dalam neraka kecuali hitam yang besar )) [ ibnu Abi Asim 68 ]…!!
Dan sebahagian yang lainnya seperti disisi Ibnu Hibban ( 15 / 125 )berkata : (( sesungguhnya yahudi berpecah kepada 71 golongan atau kepada 72 golongan dan nasrani pun begitu juga …)) ( 374).
Terdapat sebahagian golongan telah mengambil kesempatan di atas hadis ini antaranya ada yang berkata : (( yang paling teruk adalah syiah ))!! Sebahagiannya berkata : (( sejahat-jahat mereka ialah orang yang menqias perkara-perkara dengan pendapat mereka!!-yang ditujukan kepada golongan Hanafi . Dan terdapat sebahagian riwayat mereka yang lemah: Kesemuanya di dalam syurga kecuali al Qadariah)) dan sebahagian yang lain pula (( kecuali al Zanadiqah ))…dan begitulah seterusnya !! Dan kesemua itu penipuan dan persendaan kepada sohibul Syariah.
4. Telah berlaku di sebahagian riwayat hadis ini : (( kesemuanya masuk neraka kecuali satu agama : mereka bertanya siapa dia wahai rasulullah ? Sabdanya : (( Apa yang daku padaku dan sahabat-sahabatku )). Dan ianya riwayat al Tarmizi ( 5 / 26 ) dari hadis Abdullah bin Amru dan di dalam riwayat (( apa yang atasnya padanya jemaah )).
Saya berkata ( penulis ) : Hadis ini batil daripada qaul!! Pertama dari segi sanad bahawa ianya dhoif seperti yang diterangkan. Kedua : Sesungguhnya qaulnya (( apa atas daku dan sahabat-sahabatku )). Ianya tidak sah terbitnya daripada s.a.w kerana sebab-sebab, salah satunya ialah :

Tuesday, October 6, 2009

Sekitar kitab ‘ Tanaqudat al Albani wa al Wadihat “ ( 3 )


Kitab ‘Tanaqudat al Albani al Wadihat, jilid 3 kali ini mengambil ruang 355 halaman. Sayyid Hasan memulakan jilid ini dengan syair yang mengandungi 16 abyat. Kemudian Sayyid menambah dengan sanad hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a.
Penulisan jilid yang ketiga ini, ialah penulisan yang khusus membahaskan kontradiksi hadis yang terdapat dalam kitab ‘ Sifat Solat al Nabi ‘ yang dikarang oleh Syeikh Albani. Banyak yang diperbahaskan dalam masalah solat. Bermula dari takbir dan diakhiri dengan salam.
Kitab ini diakhiri dengan nasihat kepada Syeikh Albani dan penutup. Selepas itu Sayyid Hasan memberi ingatan penting kepada pembaca, antaranya :
1. Merujuk hadis yang kontradiksi kepada terbitan yang terdapat dalam glosari rujukan.
2. Kerana ada yang mengubah nombor-nombor dalam rujukan.

Sekitar kitab ‘ Tanaqudat al Albani wa al Wadihat “ ( 2 )


Dalam jilid ke 2 ini, perbahasan mengenai kontradiksi Syeikh Albani sebanyak 332 muka surat. Dipermulaan jilid kedua ini Sayyid Hasan memulakan dengan banyak peringatan. Peringatan tersebut akan kita bincang diakhir ringkasan ini.
Seawal halaman 19, Sayyid Hasan sudah membincangkan kontradiksi Syeikh al Albani dalam pelbagai tajuk. Bermula dengan tajuk ‘perbincangan beberapa hadis yang didhaifkan oleh Syeikh Albani yang sebenarnya adalah sahih, yang mana disahihkan yang sebenarnya adalah dhaif,untuk memenangkan pendapatnya ‘ sehinggalah ke halaman 326 pada tajuk ‘ Albani mensahihkan beberapa haids atau sanad-sanad yang lemah kerana tiada memahami dengannya dan dengan rijal sanad-sanadnya’.
Kesemua hadis yang diperbahaskan mengenai kontradiksi Syeikh Albani ialah sebanyak 652 buah hadis. Kemudian Sayyid Hasan kembali memberi nasihat dan harapannya kepada Syeikh Albani. Kitab ini diakhiri dengan penutup yang menceritakan tentang seorang murid Syeikh albani yang taasub dengan syeikhnya.
Peringatan yang diberi oleh Sayyid Hasan al Saqqaf ialah :
1. Halaman 8 : Sesungguhnya aku tidak menulis kitab ini, dan aku tidak zahirkan kitab “ Tanaqudat al Wadihat “ untuk bermusuh.
Sayyid Hasan tidak menulis kitab ini untuk mencari musuh, tetapi untuk memberi penerangan secara adil selepas daripada penelitian yang mendalam. Sayyid Hasan sendiri mengakui, bukanlah dia menulis menunjukkan dia tidak ada salah langsung, tidak juga beliau ingin dianggap sebagai muhaddis atau apa sahaja. Bahkan penulisan beliau adalah untuk mereka yang mahir dan insaf, supaya perbahasan ini dipanjangkan supaya ilmu ini tidak ditahrif atau diselewengkan oleh mana-mana pihak.
2. Halaman 11 : Sayyid Hasan menyatakan, peringatan tentang kontradiksi yang dibuat oleh Syeikh Albani, sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang yang dikenali sebagai pakar. Ini dibuktikan dalam jilid yang pertama, dimana 35 % hadis kontradiksi itu adalah takhrij yang diambil daripada kitab ‘Misyhkat “.
3. Halaman 15 : Tidak harus sibuk dengan mensahih atau mentad’if daripada ilmu hadis melainkan sesiapa yang membaca ilmu feqh daripada ahlinya.
Sayyid Hasan memberi peringatan supaya mempelajari sesuatu janganlah hanya dalam sesuatu bidang. Malah, hendaklah kita mengusasai keseluruhan ilmu, barulah kita memahami dengan lebih jelas, sumber dan hujjah yang digunapakai oleh seseorang untuk dijadikan amalan.

Sekitar kitab “ Tanaqudat al Albani wal wadihat “


Kitab ini telah ditulis oleh Tuan Guru kami Sayyidi Hasan Ali al Saqqaf. Telah diterbitkan di Amman, Jordan oleh Dar Imam al Nawawie pada tahun 1997. Tujuan kitab ini ditulis ialah untuk memperjelaskan kontradiksi yang telah dibuat oleh Syeikh al Albani dalam penulisan ilmiahnya.
Kitab ini terdapat dalam 3 jilid. Jilid 1 mempunyai 206 halaman. Terkandung pelbagai hadis yang diperbahaskan. Di antara perkara diperbahaskan dipermulaan kitab ialah perkara yang didhaifkan pada hadis-hadis Bukharie dan hadis-hadis Muslim. Syaikh menaqalkan 8 hadis yang Syeikh albani dhaifkan hadis-hadis Bukharie dan Muslim.
Kemudian Syeikh Hasan al Saqqaf kembali membahaskan pertembungan dimana syeikh albani mensahih hadis dan kemudian menghasankannya di tempat lain. Kemudian diikuti dengan pelbagai kesalahan syeikh Albani antaranya ialah menyalahkan ulamak-ulamak terdahulu, mengtahrif perkataan ulamak, kelemahan beliau dalam bahasa arab dan lain-lain lagi.
Sayyid Hasan juga menjelaskan mengenai kontradiksi Syeikh Albani yang mana beliau mensahihkan hadis dan menghukum hadis tersebut dengan mungkar jiddan di tempat yang lain. Kemudian Sayyid Hasan mendetailkan kontradiksi tersebut dengan lebih jelas apabila beliau mendatangkan 250 hadis di bawah tajuk al Albani rad ala al Albani.
Selepas perbincangan yang panjang dalam membahas kontradiksi, Syeikh Hasan telah mendatangkan contoh kesalahan yang besar yang dilakukan oleh Syeikh al Albani dalam kesenian ilmu hadis, sebanyak 15 hadis.
Sayyid Hasan membentangkan pula hujah yang mana Syeikh Albani telah banyak tersilap dalam ilmu jarah ta’dil. Sayyid Hasan memberi 10 nama perawi yang Syeikh Albani telah tersilap mengenai kedudukan mereka.
Di akhir kitab ini, telah menunjukkan kejelasan tujuan kitab ini di tulis, apabila Sayyid Hasan telah pun memberi nasihatnya secara baik dan tidak kasar kepada Albani. Kemudian Sayyid Hasan telah memberi harapan agar dapat membetulkan segala kontradiksi ,apa yang ditulis Syeikh Albani. Kemudian kitab ini diakhiri dengan penutup.
Daripada pembacaan saya, saya dapati buku ini sarat dengan pembentangan ilmiah yang mudah dan tidak membelitkan. Bahasanya pun baik, tidak kasar. Saya sendiri tidak faham, bagaimana golongan yang membela Syeikh Albani telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan pelik. Mungkin kerana merasai yang Tuan Guru mereka tidak akan salah, maka mereka terlalu beremosi.
Saya sendiri, bila membaca buku –buku mereka yang membela Syeikh Albani , tidaklah beremosi seperti mana mereka membaca buku Sayyid Hasan. Hanya Allah yang tahu di dalam hati dan jiwa masing-masing. Maka, kita semua boleh menilainya sendiri melalui pembacaan kita sendiri.
Kalau pun Sayyid Hasan memang tersalah, tetapi adalah tidak wajar untuk mengguna pakai perkataan yang akan menguris perasaan orang lain. Sayyid Hasan masih dalam lingkungan manusia. Ia mampu melakukan kesilapan. Apabila kita membaca sebuah kitab, demi mencari kesilapan dan bukannya kebenaran, dan tujuan utama untuk kritikan sahaja, nescaya kita tidak akan menemui kebenaran.

Thursday, October 1, 2009

Kunjungan Sayyid Ali Hasan al Bahar 2007


Bersempena dengan kunjungan Sayyid Ali Hasan al Bahar pada tahun 2009 ini, maka kami dengan berbesar hati memaparkan kembali kunjungan Sayyid Ali di Malaysia, pada tahun 2007. Kehadiran Sayyid ke Malaysia adalah kerana mengiringi perwakilan dari Universiti Syarif Hidayatullah, Malang untuk perdebatan Bahasa Arab peringkat Asia di USIM.

Maka, kami mengambil kesempatan untuk bersama-sama meraih keberkatan dengan kunjungan beliau, walaupun kami hanya sempat untuk beberapa ketika sahaja. Sebenarnya, Rakan al Hunsa ada cuba untuk menjemput Habib ke Johor, malangnya masa Habib begitu padat. Majlis hanya diadakan di ILIM sahaja.


Bermula dengan menjemput Habib di Hotel, Sepang dan membawanya ke ILIm. Disana, kami mulakan dengan bacaan Maulid al Daibaie. Majlis diserikan dengan tausiyah dari Habib Ali sendiri, Ustaz Zamihan al Gharie, Ustaz Shahrol Fadli dan Ustaz Zakuan. Majlis diselang selikan dengan bacaan qasidah.

Jamuan hanya di restoran berhadapan dengan MPI, Bangi. Kami beruntung kerana pada malam itu, kehadiran Syaikh Tengku Fauzi, turut memeriahkan suasana. Usai sahaja benikmati juadah, kami membawa Sayyidi Habib Ali berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Habib sendiri keletihan pada malam itu. Kami terus menghantar Habib ke hotel kerana besok Habib masih mempunyai acaranya sendiri. Namun, kami telah pergi ke USIM dan sempat bersama Habib. Syukran Jazilan Ya Habib. Harapan kami, tahun ini kami dapat membuat majlis dengan lebih baik.

Amin